Thursday, September 24, 2009

petang 5 syawal


shark tepon ajak g umah dier.tanpa segan silu ana bersetuju.lepas asar bertolak itupon da lambat eleena dok bising.haha
terkejut jumpa kak chip ngan farah
lme benor x ketemu.ngee~
sembang2,makan kueh tiau(kata kak chip)
sembang je lebeyhh sebenarnya
yang best tgkap gmbar.kelakar kowt.
farah....farah..tukar jd monster plak dpan camera kak chip
aduyai....
mula2 dalam rumah melarat smpai luar rumah
ana la punye idea tuh
hahaha
macam2


balek kak chip antarkan
hesitate dibuatnye
lalu tgh petempatan ape ntah
haih...(farah 2X)
thanx na kak chip
lepas ne bawak g shopping plak.
haha

Sunday, September 20, 2009

E'dul fitri 1430 Hijrah


Wednesday, December 31, 2008

Flashing back 2008

JANUARY:start sekolah mcam biase.baju baru,kasut baru,suasana baru n cikgu 2 baru.(fenomena biase)Naik bas pon pemandunye orang laen.bersemangat la kiranye awal thun.Dalam kelas terpilih jadi naib bendahari.Jadi kerjanya collect duit.(not familiar)2-3 minggu sekolah dah start latihan rumah sukan.so tiap2 hari stay back.plus masok kawad kaki.

tuition setiap hari sabtu dan ahad kat UTAMA.

Awal2 bulan ne dikejutkan abah masok hospital.terok sangat sakitnye.tiap2 hari pergi melawat die.selalunye lepas Maghrib.time ne memang kerap nangis.


FEBRUARY:sekolah macam biase.Abah masih kat hospital.ade 2-3 kali ana temankan abah kat wad.dari petang sampai esok paginye.mak sibuk abang ana no 2,angah nak kahwin.Busy uruskan hal-hal kenduri dan sebagainye.kira-kira 2 hari sebelom angah ana kahwin abah discharged.Alhamdulillah.kenduri pon berjalan lancar.

23/2/2008:sukan.if i'm not mistaken waktu ne hari jadi farah.kawad kaki rumah biru dapat no 3 x silap.kuning johan, merah no 2. tpi sampai sekarang x dapat hadiah ape pown.huh.


MAC: x ingat sangat.rasanya biase saja.

APRIL:waktu ne memang memori yang paling memalukan.masok puisidra time bulan science n math.jadi bunga coz tajuk puisidra tu POLLINATION.memang tah hape2.smpai sekarang kalo ingat balek ape ana buat kat stage tuh memang miserable.


MEI:Happy Mother's DAY N Happy BIRTHDAY for my lovely mom.ana bagi handkerchief ade love je.huhu.simple
Happy Teachers day too.


JUN:Masok pertandingan tatarias ngan shakirah sempena karnival vokasional.haha.lawak tol time ne.spe sangke shark pandai make up orang.tpi x menang.budak petang conquer.huhu.nway oke ape shark make up.


JULAI:Pergi qiamullai.waktu ne memang insaf la sket.tpi x bole lupe dialog Pn.Normah.sampai meleleh air mata dbuatnye.memang naluri keibuan ckgu tuh.TERIMA KASIH CKGU.

OGOS: TRIAL.x bole nak describe.tension .finally dpat 4 A 4B.:(

SEPTEMBER:Ramadhan Al mubarak.best.dapat buat terawih.solat hajat.Alhamdulillah

OCTOBER:Raya2.tpi x bole raya sangat sebab lagi 2 weeks before PMR.biase2 aje.besederhana

13 oct-17 oct:PMR.tension.tension.


NOVEMBER - DECEMBER:Holiday banyak spend kat Shah Alam.menjaga sepupu2ku.mcam2 ragam.tpi oke la dah pandai masak sket.dah thu skill.huhu.memang penat sampai nangis2 kat sane.ngee~

***********************************************************************************

HARI PALING BERSEJARAH.

21.09.2008:MY OWN BIRTHDAY.SAMBUT NGAN ASAP,TQAH N FARAH AINA KAT UMAH.
BEST SANGAT.FIRST TIME SAMBUT NGAN KAWAN.BUKAK PUASE SAME2.
ABAH BELANJA KFC.


30.12.2008:PMR RESULT.ALHAMDULILLAH DIKURNIAKAN KEPUTUSAN YANG
CEMERLANG.X SANGKA.TERHARU.KAWAN2 PON SUME BERJAYA.
ALHAMDULILLAH.TERIMA KASIH MAK,ABAH,KAWAN2,CIKGU2
DAN BUAT SEMUA YG MENDOAKAN KEJAYAAN ANA DAN KAWAN2.

Tuesday, December 30, 2008

rentetan sua rasa.dataran bandaraya ipoh.

INTRO: eleena,farah n me went to sua rasa last saturday.it was awesome coz i nearly finished my tom yam noodles that cost me RM 13 .haha.farah knows where all of us went for lunch.right farah??
huhu.secreto de amour.(farah would say that)

tukar language plak.:PP

lpas lunch pegi la round2 kat dataran tu n waktu kat sana jumpa la gadis2 melayu,fida,pengacara lelaki yang tinggi2 tuh(x thu nme),nabil,aziz desa,adek fimi yang comey2 tuh,cicik n not forgetting aiman akademi nasyid.





CLIMAX: ana nyaris live on tv tau.huh.ade ke patut cik fida tu memilih ana masok program "mencari personaliti".ana of course la cakap x nak.tpi die tarik ana atas stage tuh.huh.sume org tgok.segan x terkata.nak nangis dah tau ble dah siap touch up n lagi few minutes live kat tv9.ana pown gtau la kat krew kat stu(kakak pakai topi beg merah) yang ana seriously x nak masok.then die kata oke.maybe sbab tgok muke ana yang nak nangis time tuh.huhu.kesian.n x der la korang sume tgok muke ana kat tv.yeay.CHIP CHIP HORE!!thank God.Alhamdulillah



PELERAIAN:kita orang nak g booth berita harian coz farah kata ade sixth sense.unfortunately diorang x de.yang ade hanyalah aizat.dah x de nak jumpa sape kita orang pon angkat kaki.ana tumpang kakak eleena.farah went back with her father.

THE END.

Wednesday, November 26, 2008

LAUGH.LAUGH.LAUGH.



Koleksi lawak pendek

Cerita 1

Asari melihat rakannya, Ajoi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari
bertanya kepada Ajoi...
Asari: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku.."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Cerita 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 5

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Cerita 7

3 org Asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

What I've Learnt Today ?
www.iLuvislam.com
masleeha
editor : kasihsayang


I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow."

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life." "I've learned that making a 'living' is not the same thing as 'making a life'."

"I've learned that life sometimes gives you a second chance."

"I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back."

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision."

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one." "I've learned that every day you should reach out and touch someone."

"People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."


"I've learned that I still have a lot to learn." "I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT. ^_^

Produk Terlaris Syarikat Gejala Sosial Berhad
www.iLuvislam.com
MarBu
editor : kasihsayang



Setelah lama bertangguh untuk menulis berkenaan satu produk yang popular daripada Syarikat Gejala Sosial Berhad (SGSB). Dek kerana berasa rendah diri dan bimbang dugaan yang lebih mencabar akan menduga iman senipis kulit bawang ini apabila mengulas tentang produk terlaku ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk menarikan jari di atas papan kekunci laptop kesayangan, Syed Qutb. Saya memberanikan diri membuat artikel ini berikutan sahabat saya yang mengadu berasa kurang selesa dengan promoter dan jurujual daripada syarikat ini yang galak mempromosikan produk penuh berduri mereka. Produk yang saya maksudkan ialah budaya couple yang menjadi makin serius pada hari ini.

Penyakit ini bukan hanya mengenai remaja yang berpeleseran sana-sini dan tidak terdedah kepada tarbiyyah, malah berjangkit kepada mereka yang berada dalam gerakan dakwah dan merupakan aktivis dalam persatuan-persatuan Islam. Entah mengapa, virus ini cukup bersungguh menyerang para pendakwah terutamanya yang masih bergelar remaja. Promoter dan jurujual daripada SGSB ini amat menitik beratkan penampilan dalam menemui pelbagai jenis sasaran pengguna. Apabila berhadapan dengan golongan yang mengikuti tarbiyyah dan menyampaikan tarbiyyah, produk mereka dihiasi dengan riben-riben Islam. Ada beberapa panduan tambahan yang dikenakan seperti menyulami sms yang lebih islamik. Begitu juga sewaktu menggunakan alat-alat canggih yang wujud pada zaman hadhari ini. Bagi mereka yang tertipu, mereka menerima dengan mudah. Namun bagi mereka yang lebih berhati-hati, mereka akan meneliti dan kekadang datang juga perasaan ingin mencuba, akan tetapi cepat-cepat dibuang perasaan tersebut.

Sebenarnya, sudah terlalu banyak mereka yang cakna tentang hal ini, mengulas dan memberi nasihat supaya menjauhi budaya songsang ini. Seperti Ustaz Maszlee Malik dengan artikel popularnya, “Cinta ana enti”, begitu juga daripada pelbagai lapisan. Ada yang menampilkan pendapat dan bahasa yang keras dan tidak kurang juga yang menulis dengan lembut dan bersahaja namun masih bertegas dalam menangani masalah ini. Bahaya gejala ini akan lebih kelihatan jika disertai oleh para du’at dan aktivis jemaah di pelbagai peringkat sama ada sekolah, kampus mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan Islam. Masakan tidak, keharamannya langsung tidak diperasan jika tidak diteliti dengan sebaiknya kerana mereka tidak berpegang tangan,berdating malah tidak bercakap melalui telefon. Hanya dengan menggunakan hujung jari untuk menekan butang-butang di telefon bimbit, laptop dan alat-alat canggih yang lain. Nilai islamik yang dimasukkan juga sudah cukup untuk menipu seseorang itu.

Kekadang, kita tidak dapat mengesan keharamannya melalui mata kasar kita kerana terlindung di sebalik kemuliaan Islam. Namun, pada hakikatnya jiwa manusia yang beriman tetap tidak akan tenang dan menjadi gelisah apabila melakukan kesalahan kepada Allah. Oleh sebab itu, nabi saw ada berpesan supaya bertanya kepada hati sendiri sebelum melakukan sesuatu. Apakah yang dimaksudkan supaya bertanya kepada hati sendiri? Maksudnya ialah kita berfikir sejenak, sekurang-kurangnya bertanya, “apakah betul apa yang aku lakukan ini?” Nescaya kita akan mendapati hati kita akan memberi keputusannya. Jika apa yang dilakukan itu bercanggah dengan keputusan Allah SWT, maka hati kita akan menjadi gelisah dan serba salah.

Akan tetapi, kebanyakan manusia menipu dirinya sendiri apabila dia cuba memujuk hatinya bahawa apa yang dilakukan itu menurut syariat dan tak dilarang Sang Pencipta. Akibatnya, hati terseksa dan ‘pasrah dalam terpaksa’. Begitulah yang dialami oleh mereka yang bergelumang dalam maksiat yang payah untuk disedari ini. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah terdedah dengan tarbiyyah dan sebati dengan kenyataan bahawa budaya couple merupakan satu fitnah yang amat mencabar. Hati mereka langsung tidak merestui tindak-tanduk yang berlawanan dengan syariat itu.

Pada suatu petang, kira-kira pukul 3 petang, tiga orang rakan saya menziarahi bilik saya di asrama dan mengajak berbincang persoalan couple. Soalan-soalan yang ditimbulkan agak advance dan seakan-akan merestui bahawa tidak menjadi untuk kita bercinta, asalkan mengikut syariat. Tetapi, Alhamdulillah saya mampu menjawab setiap persoalan dengan baik. Segala puji bagi Allah. Peristiwa itu menyebabkan timbul persoalan baru di benak fikiran saya, “adakah aku seperti yang aku bagi tazkirah sebentar tadi?” Bimbang, kelekaan diri selama ini menyebabkan saya mengambil ringan akan budaya songsang tersebut. Tiba-tiba sahaja sepotong ayat al Quran datang menziarahi jiwa ini, membelai dengan satu arahan dari langit, “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (al Baqarah: 44)

“Ya Allah, selamatkanlah diriku dari fitnah yang mencabar ini…”


http://zonremajaislam.blogspot.com