Wednesday, December 31, 2008

Flashing back 2008

JANUARY:start sekolah mcam biase.baju baru,kasut baru,suasana baru n cikgu 2 baru.(fenomena biase)Naik bas pon pemandunye orang laen.bersemangat la kiranye awal thun.Dalam kelas terpilih jadi naib bendahari.Jadi kerjanya collect duit.(not familiar)2-3 minggu sekolah dah start latihan rumah sukan.so tiap2 hari stay back.plus masok kawad kaki.

tuition setiap hari sabtu dan ahad kat UTAMA.

Awal2 bulan ne dikejutkan abah masok hospital.terok sangat sakitnye.tiap2 hari pergi melawat die.selalunye lepas Maghrib.time ne memang kerap nangis.


FEBRUARY:sekolah macam biase.Abah masih kat hospital.ade 2-3 kali ana temankan abah kat wad.dari petang sampai esok paginye.mak sibuk abang ana no 2,angah nak kahwin.Busy uruskan hal-hal kenduri dan sebagainye.kira-kira 2 hari sebelom angah ana kahwin abah discharged.Alhamdulillah.kenduri pon berjalan lancar.

23/2/2008:sukan.if i'm not mistaken waktu ne hari jadi farah.kawad kaki rumah biru dapat no 3 x silap.kuning johan, merah no 2. tpi sampai sekarang x dapat hadiah ape pown.huh.


MAC: x ingat sangat.rasanya biase saja.

APRIL:waktu ne memang memori yang paling memalukan.masok puisidra time bulan science n math.jadi bunga coz tajuk puisidra tu POLLINATION.memang tah hape2.smpai sekarang kalo ingat balek ape ana buat kat stage tuh memang miserable.


MEI:Happy Mother's DAY N Happy BIRTHDAY for my lovely mom.ana bagi handkerchief ade love je.huhu.simple
Happy Teachers day too.


JUN:Masok pertandingan tatarias ngan shakirah sempena karnival vokasional.haha.lawak tol time ne.spe sangke shark pandai make up orang.tpi x menang.budak petang conquer.huhu.nway oke ape shark make up.


JULAI:Pergi qiamullai.waktu ne memang insaf la sket.tpi x bole lupe dialog Pn.Normah.sampai meleleh air mata dbuatnye.memang naluri keibuan ckgu tuh.TERIMA KASIH CKGU.

OGOS: TRIAL.x bole nak describe.tension .finally dpat 4 A 4B.:(

SEPTEMBER:Ramadhan Al mubarak.best.dapat buat terawih.solat hajat.Alhamdulillah

OCTOBER:Raya2.tpi x bole raya sangat sebab lagi 2 weeks before PMR.biase2 aje.besederhana

13 oct-17 oct:PMR.tension.tension.


NOVEMBER - DECEMBER:Holiday banyak spend kat Shah Alam.menjaga sepupu2ku.mcam2 ragam.tpi oke la dah pandai masak sket.dah thu skill.huhu.memang penat sampai nangis2 kat sane.ngee~

***********************************************************************************

HARI PALING BERSEJARAH.

21.09.2008:MY OWN BIRTHDAY.SAMBUT NGAN ASAP,TQAH N FARAH AINA KAT UMAH.
BEST SANGAT.FIRST TIME SAMBUT NGAN KAWAN.BUKAK PUASE SAME2.
ABAH BELANJA KFC.


30.12.2008:PMR RESULT.ALHAMDULILLAH DIKURNIAKAN KEPUTUSAN YANG
CEMERLANG.X SANGKA.TERHARU.KAWAN2 PON SUME BERJAYA.
ALHAMDULILLAH.TERIMA KASIH MAK,ABAH,KAWAN2,CIKGU2
DAN BUAT SEMUA YG MENDOAKAN KEJAYAAN ANA DAN KAWAN2.

Tuesday, December 30, 2008

rentetan sua rasa.dataran bandaraya ipoh.

INTRO: eleena,farah n me went to sua rasa last saturday.it was awesome coz i nearly finished my tom yam noodles that cost me RM 13 .haha.farah knows where all of us went for lunch.right farah??
huhu.secreto de amour.(farah would say that)

tukar language plak.:PP

lpas lunch pegi la round2 kat dataran tu n waktu kat sana jumpa la gadis2 melayu,fida,pengacara lelaki yang tinggi2 tuh(x thu nme),nabil,aziz desa,adek fimi yang comey2 tuh,cicik n not forgetting aiman akademi nasyid.





CLIMAX: ana nyaris live on tv tau.huh.ade ke patut cik fida tu memilih ana masok program "mencari personaliti".ana of course la cakap x nak.tpi die tarik ana atas stage tuh.huh.sume org tgok.segan x terkata.nak nangis dah tau ble dah siap touch up n lagi few minutes live kat tv9.ana pown gtau la kat krew kat stu(kakak pakai topi beg merah) yang ana seriously x nak masok.then die kata oke.maybe sbab tgok muke ana yang nak nangis time tuh.huhu.kesian.n x der la korang sume tgok muke ana kat tv.yeay.CHIP CHIP HORE!!thank God.Alhamdulillah



PELERAIAN:kita orang nak g booth berita harian coz farah kata ade sixth sense.unfortunately diorang x de.yang ade hanyalah aizat.dah x de nak jumpa sape kita orang pon angkat kaki.ana tumpang kakak eleena.farah went back with her father.

THE END.

Wednesday, November 26, 2008

LAUGH.LAUGH.LAUGH.



Koleksi lawak pendek

Cerita 1

Asari melihat rakannya, Ajoi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari
bertanya kepada Ajoi...
Asari: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku.."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Cerita 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 5

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Cerita 7

3 org Asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

What I've Learnt Today ?
www.iLuvislam.com
masleeha
editor : kasihsayang


I've learned that no matter what happens, or how bad it seems today, life does go on, and it will be better tomorrow."

"I've learned that regardless of your relationship with your parents, you'll miss them when they're gone from your life." "I've learned that making a 'living' is not the same thing as 'making a life'."

"I've learned that life sometimes gives you a second chance."

"I've learned that you shouldn't go through life with a catcher's mitt on both hands; you need to be able to throw some things back."

"I've learned that whenever I decide something with an open heart, I usually make the right decision."

"I've learned that even when I have pains, I don't have to be one." "I've learned that every day you should reach out and touch someone."

"People love a warm hug, or just a friendly pat on the back."


"I've learned that I still have a lot to learn." "I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel."

APPRECIATE THINGS AROUND YOU...THERE'S A REASON WHY ALLAH DID THAT. ^_^

Produk Terlaris Syarikat Gejala Sosial Berhad
www.iLuvislam.com
MarBu
editor : kasihsayang



Setelah lama bertangguh untuk menulis berkenaan satu produk yang popular daripada Syarikat Gejala Sosial Berhad (SGSB). Dek kerana berasa rendah diri dan bimbang dugaan yang lebih mencabar akan menduga iman senipis kulit bawang ini apabila mengulas tentang produk terlaku ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk menarikan jari di atas papan kekunci laptop kesayangan, Syed Qutb. Saya memberanikan diri membuat artikel ini berikutan sahabat saya yang mengadu berasa kurang selesa dengan promoter dan jurujual daripada syarikat ini yang galak mempromosikan produk penuh berduri mereka. Produk yang saya maksudkan ialah budaya couple yang menjadi makin serius pada hari ini.

Penyakit ini bukan hanya mengenai remaja yang berpeleseran sana-sini dan tidak terdedah kepada tarbiyyah, malah berjangkit kepada mereka yang berada dalam gerakan dakwah dan merupakan aktivis dalam persatuan-persatuan Islam. Entah mengapa, virus ini cukup bersungguh menyerang para pendakwah terutamanya yang masih bergelar remaja. Promoter dan jurujual daripada SGSB ini amat menitik beratkan penampilan dalam menemui pelbagai jenis sasaran pengguna. Apabila berhadapan dengan golongan yang mengikuti tarbiyyah dan menyampaikan tarbiyyah, produk mereka dihiasi dengan riben-riben Islam. Ada beberapa panduan tambahan yang dikenakan seperti menyulami sms yang lebih islamik. Begitu juga sewaktu menggunakan alat-alat canggih yang wujud pada zaman hadhari ini. Bagi mereka yang tertipu, mereka menerima dengan mudah. Namun bagi mereka yang lebih berhati-hati, mereka akan meneliti dan kekadang datang juga perasaan ingin mencuba, akan tetapi cepat-cepat dibuang perasaan tersebut.

Sebenarnya, sudah terlalu banyak mereka yang cakna tentang hal ini, mengulas dan memberi nasihat supaya menjauhi budaya songsang ini. Seperti Ustaz Maszlee Malik dengan artikel popularnya, “Cinta ana enti”, begitu juga daripada pelbagai lapisan. Ada yang menampilkan pendapat dan bahasa yang keras dan tidak kurang juga yang menulis dengan lembut dan bersahaja namun masih bertegas dalam menangani masalah ini. Bahaya gejala ini akan lebih kelihatan jika disertai oleh para du’at dan aktivis jemaah di pelbagai peringkat sama ada sekolah, kampus mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan Islam. Masakan tidak, keharamannya langsung tidak diperasan jika tidak diteliti dengan sebaiknya kerana mereka tidak berpegang tangan,berdating malah tidak bercakap melalui telefon. Hanya dengan menggunakan hujung jari untuk menekan butang-butang di telefon bimbit, laptop dan alat-alat canggih yang lain. Nilai islamik yang dimasukkan juga sudah cukup untuk menipu seseorang itu.

Kekadang, kita tidak dapat mengesan keharamannya melalui mata kasar kita kerana terlindung di sebalik kemuliaan Islam. Namun, pada hakikatnya jiwa manusia yang beriman tetap tidak akan tenang dan menjadi gelisah apabila melakukan kesalahan kepada Allah. Oleh sebab itu, nabi saw ada berpesan supaya bertanya kepada hati sendiri sebelum melakukan sesuatu. Apakah yang dimaksudkan supaya bertanya kepada hati sendiri? Maksudnya ialah kita berfikir sejenak, sekurang-kurangnya bertanya, “apakah betul apa yang aku lakukan ini?” Nescaya kita akan mendapati hati kita akan memberi keputusannya. Jika apa yang dilakukan itu bercanggah dengan keputusan Allah SWT, maka hati kita akan menjadi gelisah dan serba salah.

Akan tetapi, kebanyakan manusia menipu dirinya sendiri apabila dia cuba memujuk hatinya bahawa apa yang dilakukan itu menurut syariat dan tak dilarang Sang Pencipta. Akibatnya, hati terseksa dan ‘pasrah dalam terpaksa’. Begitulah yang dialami oleh mereka yang bergelumang dalam maksiat yang payah untuk disedari ini. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah terdedah dengan tarbiyyah dan sebati dengan kenyataan bahawa budaya couple merupakan satu fitnah yang amat mencabar. Hati mereka langsung tidak merestui tindak-tanduk yang berlawanan dengan syariat itu.

Pada suatu petang, kira-kira pukul 3 petang, tiga orang rakan saya menziarahi bilik saya di asrama dan mengajak berbincang persoalan couple. Soalan-soalan yang ditimbulkan agak advance dan seakan-akan merestui bahawa tidak menjadi untuk kita bercinta, asalkan mengikut syariat. Tetapi, Alhamdulillah saya mampu menjawab setiap persoalan dengan baik. Segala puji bagi Allah. Peristiwa itu menyebabkan timbul persoalan baru di benak fikiran saya, “adakah aku seperti yang aku bagi tazkirah sebentar tadi?” Bimbang, kelekaan diri selama ini menyebabkan saya mengambil ringan akan budaya songsang tersebut. Tiba-tiba sahaja sepotong ayat al Quran datang menziarahi jiwa ini, membelai dengan satu arahan dari langit, “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (al Baqarah: 44)

“Ya Allah, selamatkanlah diriku dari fitnah yang mencabar ini…”


http://zonremajaislam.blogspot.com

Tuesday, November 25, 2008

collecting smiley faces.








today;boring!boring!
so ana pegi search smiley image kat google.
these are what i've got!




tpi ade yang weird punye smiley.
ne dea.....


Tuesday, November 18, 2008

Erti Sahabat.


Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Sunday, November 16, 2008

bollywood.




Pagi yg menyedihkan..mak bertolak ke pangkor selama 3 hari.Nak thu ape yg sedeyhh??
Ana kena lah masak untuk abah ngan abang ana.ya ampun.mestila kena condemn habis2an.
mne la ana ne reti masak sangat.haha
tpi x la sedeyhh sangat.oke la tuh.sebelum ne pown ana penah masak jugak cuma x berapa nak sedap je.ehem.


Pukul 8 pagi atiqah datang umah.Sebabnye ana dah janji ngan dier nak belanja breakfast.So kitaorang pown pegi la kedai bawah pokok ceri.Makan nasi lemak.yum.yum.Waktu kat kedai tu jumpa aunty yang kerja kat office sekolah.kiranye kerani la tuh.patut panggil puan.haha
Kitaorang yang mulut ramah ne pown tegor la dier.Sembang la sket waktu dah nak balek tuh.
Punye la aunty tu pembawa tuah.ma cik yg jual kasi discount. sebab thu kitaorang ne budak sekolah lagi.waaah.save duit ana.haha.bole la pegi makan hari2.hehe


Balek dr kedai tu,sembang2 pasal kawan2 yang memeningkan.haih.tba2 terfikir pulak nak ke kedai beli inai dalam tube.So,dengan penuh gagah beraninye ana dengan atiqah melintas ke gayathiri beli inai.Sesudah beli balek umah teros call farah aina datang umah nak suwoh die tolong lukiskan inai atas tangan kitaorg.Die memang popular bab2 conteng tangan ne.Asal ade waktu kat kelas mesti abeh pen2 cair kitaorang dikerjakannye.Idea banyak tuh.huhu.
dah sonok2 berinai diorang dua orang pon balek.hurm

tamat.



************************************************************************************

inai ne sejuk ble pakai.tpi bau die uuuuhhhh.busuk XP

Saturday, November 15, 2008

HOME SWEET HOME:))

*entrance:Assalammualaikum,wani ade??



*buat para tetamu kat sini arr tempat korang eh.kerusi mne?
don't worry ade.tpi dah ana duduk waktu amek gmbar ne mne nak nmpak.huhu



*tempat ana tengok tv and tempat ana makan.yum.yum.




*buku-buku ana.sebelah tu meja belajar.
(x bole tunjuk,besepah.hihi)



*tempat ana melelapkan mata






************************************************************************************

laen-laen tempat tidak dapat ditunjuk.harap maaf.those place need privacy.hihi:))

H.O.L.I.D.A.Y!!

cuti dah start la beb.haha.cepat je sekolah berlalu.rasa macam bru je masok form 1.masing2 ade plan kan nak pegi sana.nak pegi sini.macam2 tempat korang nak lawat kan?ana?
ana nanti hujung bulan neyhh nak kena pergi ke Shah Alam.mcm x rela pulak.haha.
saje ana pergi sana nak jaga adik sepupu ana.Selama ne diorang dijaga bibik dari Indon.tpi bibik tu balek kampung 3 minggu,jadi ana la pengganti die.Hurm.Babysitter la kiranye.haha.(bole ke aku ne??)(Ade 3 orang adik sepupu plak tu.)
So,sape2 yg nak ajak ana kuar tgok Madagascar ke kan?Lekas2 arr kita tgok haha
sebab lepas ne ana pulak ESCAPE 2 SHAH ALAM.hihi

wsalam.


****************************************************************************************************************
Petang tadi tgok the making of Madagascar 2.syok gler babe.i LIKE TO MOVE IT MOVE IT.
um.can't wait to see.


Bismillah.

Akhirnya tercetus jugak the one and only nurhawani's blog.ngee~Sejak Pmr lagi ana dah terfikir nak buat blog ana sendiri.Sebelum ne bersama shark,eleena n chng tapi kali ne bergerak solo.haha.Bukan ape saje arr nak jadi insan yang lebih bertanggungjawab dan x menyusahkan orang laen.(ceh,x bole bla)X)Kalo ana malas nak update pown blog ana sendiri jadi x der la yang nak marah2,terasa hati.kan?Cakap pasal update 2 blog ne,ana nak ucapkan thanx a lot kat shark sebab selalu tolong update blog RESULTMAUMUMTAZ.thanx2.muah2.(gedixx)haha
Mka,dengan lafaz Bismillah,inilah blog persendirian pertama ana.Alhamdulillah.:))
*****************************************************************************************************************
Lepas ne lebih banyak lagi cerita2 hot pasal ana bersama insan2 terpilih dan bersama alam yang fana ini.haha.nantikan,coming soon.

wsalam